16 Jan 2009
arah + sarip amik kat airport.. naik flight lebih kurang 2 jam 15 min from LCCT. lunch then lepak umah arah tunggu abah n mak yg akn landing lebih kurang pukul 4 ptg.. so first day ni relax2 je dulu.. mlm masak steam bot.. mkn depan TV.. prepare masak nasi lemak utk breakfast keesokannya sebelum bertolak g brunei.
17 Jan 2009
pagi2 dah masak n melantak nasi lemak. tukar duit ringgit Brunei.. Rm240 dapat 100 dolar brunei.. okay la tu.. bukannya ada benda sgt nak beli pun.. so dlm jam 10 am baru terhegeh-hegeh nak bertolak. bajet tgh hari sampai la bdr sri begawan. sdg2 elok lunch terus... mmg serius takde mende spjg perjalanan from Miri - Bdr sri begawan.. ada lalu atas asian bridge. menghubungkan Malaysia - Brunei. tol byr RM10... then nk masuk brunei byr 3 dolar. lalu a few kg kat area kuala belait, seria, tutong, Jerudong. akhirnya sampai jugak bdr sri begawan dlm 2 jam jugak baru sampai. keadaan jalan yg agak teruk.. hmmm. heran aku. kata negara kaya. apa pasat jln sgt teruk. mcm naik kuda. maybe struktur tanah yg tak kuat kot (bersangka baik) hmmm. . nak carik tempat mkn punya la payah. last2 kitaorg mkn kat nyonya kitchen kat area satu mall nama cina apa tah.. dkt ngan masjid sultan omar ali saifuddin. pastu jln area2 surrounding. sembahyang kat masjid td tu. then singgah jap kg.ayer yg konon2 glamer tu.. aku tgk sama je mcm pulau gaya kat sabah tu. pastu try test tgk The Mall yg boleh la tahap bosannya. maybe org brunei ni suka dok umah kot rather than hanging around kat mall, sbb mall dia sungguh la tak happeningnya.. dah tak tau nk buat apa, cabut pulak g istana nurul iman.. then terus balik sggh pantai jerudong. sempat la beli ikan fresh baru naik dr laut n makan ice cream yg sgt la sedapnya. wah, mmg sdp softy itu.. mahal pun mahal jugak. satu cup 2 dolar. dh jalan ala kadar, kitaorg pun balik menuju ke Miri. sampai Miri, terus cr tmpt mkn mlm. mkn la pecel lele (kurang sedap sbb sambal sgt masin). habislah aktiviti di hari kedua.
18 Jan 2009
jalan2 sekitar miri. pergi pasar beli ikan terubok masin. singgah jap kat kelab golf miri. dapat la lalu piasau camp tmpt expatriate shell kerja. aman damai je suasana kt situ.. mcm best je. pastu pegi kedai handicraft kat saberkas. takde mende pun. byk kedai tutup je. then pegi handicraft center kt city.. beli fridge magnet dan benda2 merepek lain.. sempat gak rembat kek lapis 2-3 jenis. tgh hari msk lauk yg kitaorg beli kt pantai jerudong semalam. then siap2 nak balik puchong semula. bencinye kena naik flight... aargh
Fakta menarik;
1. Harga petrol di brunei adalah 0.53 dolar seliter. tapi hanya di jual kpd kenderaan berplet brunei.
2. petrol boleh dijual kpd kenderaan berplet selain brunei tp pada harga 0.86 dolar. setlh ditukar kpd ringgit Malaysia, minyak Malaysia lagi murah (RM 1.80). namun hanya boleh dijual di kwns kuala belait shj iaitu berhampiran sempadan brunei-Malaysia
3. plet kenderaan brunei bermula dgn huruf B atau K.. saiz font nya adalah sgt BESAR!!!. sempat jugak aku memula ingat byk kenderaan negeri kedah dan selangor di Miri. hehehehe. utk kereta tentera pletnya adalah MOD (Ministry of Defense)
4. org brunei rata2 nya masih mengekalkan adab org timur dgn memakai baju kurung ke shopping complex. sungguh lain suasananya. namun ramai juga yg free hair... cara pemakaian tudung juga berbeza. cara org Malaysia pakai tudung seperti 15 tahun yg lalu. tapi masih kelihatan anggun dan cantik juga. diserikan baju kurung yg "shining" itu.